Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Chau Tet On, meninggal di sebuah hospital, di sini, hari ini.

Mendiang, 78, yang pernah menjadi wakil rakyat dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api pada 1986 meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Chau pernah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri pada 1994 ketika dibawah kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menyertai Parti Liberal Demokratik (LDP) dan MCA.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, Datuk Lee Lian Tsin, 76, seorang anak perempuan Chau Siew Kun dan dua cucu perempuan.

Difahamkan mendiang pernah menjadi guru sebelum beralih ke bidang politik dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan serta budaya masyarakat Cina di Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 3:36 PM