Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

Hampir 1,000 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai acara 1UiTM 1,000 Langkah anjuran Fakulti Sains Kesihatan Kampus Puncak Alam, Selangor baru,-baru ini.

Bertemakan ‘Move Your Feet, Make a Heart Beat’ program sihat itu bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UiTM.

Program itu turut dihadiri Naib Canselor UiTM Prof Emiritus Datuk Dr Hassan Said yang merasmikan penutupan acara dan Rektor UiTM Cawangan Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abd Majeed melancarkan pelepasan peserta seawal 7.30 pagi.


ACARA simbolik perasmian penutupan oleh Dr Hassan.

Acara itu memerlukan peserta menamatkan larian sejauh 3.2 kilometer di sekitar kampus Puncak Alam.

Rata-rata peserta yang hadir teruja dengan kehijauan kampus Puncak Alam dan menggunakan peluang itu untuk menikmati keindahan alam semula jadi di situ.

Menurut Dr Hassan, walaupun semua sedia maklum berkenaan keperluan 10,000 langkah sehari demi kesihatan, UiTM mengetengahkan aktiviti sihat secara lebih santai dan dari situlah lahirnya idea 1UiTM 1000 Langkah.


SEBAHAGIAN peserta gembira mengikuti acara larian.

Program ini juga menyasarkan untuk mempromosikan klinik dan pusat kajian di Fakulti Sains Kesihatan seperti Klinik Optometri, Klinik Fisioterapi, Klinik Pemulihan Carakerja, Klinik Pengimejan Perubatan, Makmal Diagnostik, Pusat Penjagaan Pemakanan dan Makmal Kawalan Penyakit Bawaan Vektor.

Seramai 20 pemenang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita menerima hadiah.


AKTIVITI senaman turut diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 2:52 PM