Állahyarham Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman, 73. - Foto Ihsan Instagram shieraijoy
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


BAPA pelakon Sharifah Shahira iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman, 73, disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada 9.15 malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dua hari lalu sebelum dipindahkan ke wad biasa hari ini.

“Alhamdulillah, abah mudah pergi jumpa dengan penciptanya, pada malam Jumaat, malam penuh berkat.

“Abah meninggal di samping isteri, anak-anak dan sanak-saudara. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah pelakon itu di Taman Melawati dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, pagi esok.

“InsyaAllah jenazah akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah nenek suami saya, Ijoy,” kata Sharifah Shahira.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 11:45 PM