Elfira di Festival GegaRia di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam. FOTO Mahzir Mat Isa
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


Pelakon dan pengacara Elfira Loy, 24,mengakui banyak dugaan dihadapi dalam melalui fasa bertunang dan berharap ada hikmah di sebalik semuanya.

Elfira berkata, dia tidak berani untuk bercerita lebih mengenai perkara berkaitan perkahwinan kerana soal jodoh adalah rahsia Tuhan.

“Saya akui bertunang ini mempunyai banyak dugaan namun saya tidak berani untuk mengatakan sama ada dugaan yang dihadapi ini adalah terbesar buat masa ini.

“Soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main sebaliknya ia adalah keputusan terbesar yang perlu dilakukan setiap pasangan.

“Kalau memilih pekerjaan ia hanya keputusan sendiri tetapi apabila hal perkahwinan ini ia membabitkan banyak pihak,” katanya ketika ditemui di Festival GegaRia yang di Tempat Letak Kereta B, Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam.

Menurut Elfira, meskipun pasrah dengan setiap dugaan yang dihadapi namun dia tetap positif dan mengharapkan yang terbaik.

“Saya tidak mahu memberatkan kepala dengan dugaan yang datang. Saya harap apa yang dilalui berakhir dengan baik.

“Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia kearah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik,” katanya.

Elfira juga mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwinan meski majlisnya dengan tunangnya yang juga penyanyi, Sufian Suhaimi disebut-sebut bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.

Terdahulu timbul dakwaan mengatakan hubungan mereka bermasalah kerana jarang dilihat memuat naik gambar bersama sejak bertunang pada 6 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 5:35 PM