AERIL menerima kejutan apabila dihiahkan Toyota Alphard daripada Wawa. FOTO Instagram Wawa Zainal
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


JIKA tiga bulan lalu, suami pelakon Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya kereta Mercedes Benz, semalam Aeril pula menerima kejutan berupa kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Toyota Alphard dianggarkan bernilai RM420,000.

Aeril, 30, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, pemberian Wawa itu adalah tanda penghargaan buat dirinya yang banyak membantu dalam urusan perniagaan mereka.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki. Hadiah ini bukan bersempena apa-apa, tetapi Wawa ingin ‘reward’ diri sendiri dengan menghadiahkan saya kereta.

“Jadi, ada rezeki lebih dalam perniagaan Wawa pun hadiahkan kereta. Sebelum ini saya ada menyatakan hasrat nak membeli kereta sport, tetapi dia buat kejutan dengan menghadiahkan kereta lain. Nak ‘sport car’ tetapi dapat Alphad. Apa pun, saya tetap bersyukur.

“Wawa kata, disebabkan kami sudah berkeluarga jadi ia lebih sesuai dan selesa. Kalau kereta sport kecil dan ruang terhad,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Wawa berkata, jika ada rezeki lebih tahun depan dia mahu menghadiahkan suaminya kereta ‘sport’ pula.

“Hadiah ini lebih kepada nak balas jasa suami yang berikan saya kereta tiga bulan lalu. Alhamdulillah, atas rezeki kurniaan Allah saya pula hadiahkan suami.

“Tahun ini, tahun yang sangat bermakna buat kami. Satu persatu impian kami Allah makbulkan. Benarlah kata orang, rezeki itu tidak pernah cepat, lambat dan salah alamat. Saya bersyukur sangat.

“Insya Allah, jika ada rezeki lebih lagi tahun depan, saya memang nak hadiahkan suami kereta sport pula,” katanya.

Berita berkaitan:

Untunglah Wawa dapat Mercedes

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 10:47 AM