Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


IMPIAN pelakon popular Fattah Amin menjadi pelumba kereta tercapai menerusi cabaran Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama.

Pelakon siri Coffee Prince itu berkata, ketika kanak-kanak dia sering mengunjungi pusat permainan video untuk bermain kereta lumba Daytona. Ketika kecil, saya pernah memasang impian menjadi pelumba kereta. Akhirnya, saya dapat pandu kereta lumba sebenar semasa menyertai TGR," katanya ketika ditemui di majlis pelantikan sebagai duta kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Fattah berkata, jadual lakonan yang padat menyukarkan dia memberi komitmen terhadap TGR musim kedua.

“Walaupun tidak dapat sertai perlumbaan itu, saya dilantik sebagai duta Toyota C-HR. Syukur dan terima kasih kepada Toyota kerana masih memberi kepercayaan kepada saya," katanya.

Sementara itu, Fattah akan kembali ke kaca televisyen menerusi drama bersiri Isteri Untuk Disewa, November ini.

Selain itu, dia juga sibuk menyiapkan versi penuh single baru berjudul Isterimewa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 5:45 PM
PELAKON Fattah Amin bergambar bersama kereta SUV Toyota C-HR pada majlis perlantikan beliau sebagai duta di The Slate @ The Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. FOTO - Halimaton Saadiah Sulaiman /NSTP