FATTAH Amin bersama Fazura. FOTO Surianie Mohd Hanif
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


PELAKON Fattah Amin mendedahkan berat badannya meningkat sejak mendirikan rumah tangga kerana isterinya, Fazura gemar memasak.

Berikutan itu, pelakon terbabit memberitahu dia terpaksa meminta isterinya supaya tidak lagi menyediakan makanan pada waktu malam.

“Selepas kahwin, berat badan saya bertambah kerana isteri rajin di dapur dan hidangannya memang menyelerakan.

“Kini, saya terpaksa melarang dia masuk dapur menyediakan makanan lewat malam kerana mahu kembali saiz badan seperti dulu,” katanya.

Menurut Fattah, dia juga perlu menguruskan badan kerana sudah kembali ke set untuk penggambaran drama bersiri berjudul Isteri Untuk Disewa.

“Sekarang, saya dan isteri bersama-sama mengamalkan diet sihat serta masuk gim untuk bersenam.

“Saya juga memastikan kami makan sebelum jam 6 petang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 10:56 PM