JAAFAR bersama Mohd Faeezrin yang memerlukan penjagaan rapi ketika ditemui di rumahnya di Bandar Springhill.
myMetro

Port Dickson: Ketabahan seorang bapa tunggal membahagikan masa menjaga dua anak termasuk orang kurang upaya (OKU) sukar digambarkan ketika ini selepas berpisah dengan isterinya enam tahun lalu.

Malah, Jaafar Md Diah, 50, terpaksa menolak untuk berkahwin lagi kerana tidak mahu nasib anaknya terabai selain sanggup bersusah payah bersendirian demi menjaga kedua-dua anaknya itu.

Lelaki itu yang ditemui di rumahnya di Bandar Springhill, Lukut, di sini, berkata, dia tidak pernah mengeluh berhadapan dugaan ini ketika dia masih memerlukan kasih sayang daripada seorang isteri.

“Sebagai bapa, apapun terjadi saya tetap menjaga dua saya ini sebaik mungkin.

“Sejak berpisah, saya menggalas tugas menjaga dua daripada tiga anak termasuk yang sulung (Mohd Faeezrin Jaafar, 19) yang juga (OKU) serta anak kedua (Mohd Faizal jaafar, 17).

“Pada mulanya fikiran saya agak kusut memikirkan pelbagai masalah terutama anak sulung yang OKU yang ketika itu berusia 13 tahun manakala adiknya lebih muda dua tahun.

“Anak bongsu perempuan pula mengikut bekas isteri.

“Walaupun bekas isteri berkahwin lain, kami masih berkawan baik. Dia menjenguk anak kami di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 9:30 AM