KHAIRY pada Majlis Pelancaran Video Muzik dan Arca RIMAU.
myMetro

Kuala Lumpur: Bahang kehadiran Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) semakin terasa dengan pelancaran lagu rasmi tema temasya sukan itu yang bertajuk ‘Bangkit Bersama’ serta maskot RIMAU semalam.

Lagu berkenaan yang dinyanyikan artis popular Dayang Nurfaizah hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS akan digunakan sebagai lagu utama bagi temasya yang akan membuka tirainya dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyempurnakan majlis itu berkata, ia kali pertama pihaknya mengambil langkah membabitkan orang ramai dalam penciptaan lagu tema bagi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 4:38 AM