Pelajar memegang poster Kampus Bebas Asap Rokok pada Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Kesihatan dan Kelestarian UKM 2017.
HM Digital

Bangi: Sedar betapa sukar bagi seseorang berhenti merokok, Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif untuk mewujudkan klinik berhenti merokok bagi membantu warga universiti itu bebas daripada tabiat berkenaan.

Ketua Pusat Kesihatan UKM Dr Rahmah Ibrahim berkata, klinik berkenaan dijangka mula beroperasi pada bulan depan dengan keutamaan diberikan kepada pelajar dan kakitangan universiti itu.

“Klinik ini baru hendak bermula, mungkin bulan akan datang, di dalam Pusat Kesihatan.

“Perkhidmatan yang akan diberikan adalah secara percuma untuk kakitangan dan pelajar UKM,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Kelestarian UKM di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), kampus induk UKM, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 5:40 AM