RUMAH Syed Mohammad musnah dalam kebakaran 4 Januari lalu.
Shahrinnahar Latib
am@hmetro.com.my


Kuantan: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah keadaan ditanggung sebuah keluarga di Lorong Kempadang Aman 2, Taman Kempadang Aman di sini, apabila tidak mampu membaik pulih kediaman mereka yang musnah dalam kebakaran pada 4 Januari lalu.

Syed Mohammad Syed Alwi, 47, berkata, modal besar diperlukan untuk membaik pulih rumahnya, namun dia tidak mampu memandangkan hanya bekerja sebagai pembancuh simen sahaja.

Bapa kepada empat anak itu berkata, sehingga kini masih tidak mampu membiayai kos membina semula rumahnya yang dianggarkan menelan belanja hampir RM50,000.

“Dalam kejadian berkenaan, sebahagian rumah di bahagian depan dan bilik tidur utama yang dilengkapi beberapa jenis perabot musnah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 4:48 AM