WANITA warga asing yang ditahan dalam operasi di pub Jalan Dato Abdullah Tahir, Kampung Wadi Hana.
HM Digital

Johor Bahru: Seramai 97 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Negeri Johor atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dalam operasi di pub Jalan Dato Abdullah Tahir, Kampung Wadi Hana di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi jam 1 pagi, 94 daripada jumlah individu ditahan ialah wanita warga asing, manakala tiga yang lain lelaki.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor Masri Adul yang mengetuai operasi itu berkata, turut ditahan dua warga tempatan.

“Kita membuat pemeriksaan ke atas 412 individu terdiri daripada 292 rakyat tempatan dan 120 warga asing.

“Kami menahan 99 individu yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki dan wanita rakyat tempatan ditahan bersama seorang lelaki warga Singapura atas kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta berkenaan kerana dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahui melanggar peruntukan Akta Imigresn 1959/63.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 5:29 AM