TADIKA MRC Bukit Jalil menggunakan Medklinn Pesteril Udara + Permukaan di dalam kelas. FOTO Rosela Ismail
Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@nstp.com.my

MENCEGAH lebih baik daripada mengubati. Pepatah itu biasa didengari tetapi sejauh mana kita memahaminya? Selain mengamalkan gaya hidup sihat, banyak perkara perlu diambil kira dalam penjagaan kesihatan terutama kanak-kanak.

Apatah lagi sejak akhir-akhir ini berlaku penularan virus penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan rotavirus terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Disebabkan itu, ibu bapa disaran mencegah penyakit berjangkit ini melalui pelbagai cara seperti galakan dan pengawasan terhadap penjagaan kebersihan diri bagi memastikan anak biasa dengan semua aktiviti yang didedahkan itu. Di tadika atau pusat jagaan harian pula, langkah lain yang boleh diambil ialah menjaga kebersihan persekitaran terutama udara keliling dan permukaan.

Bagaimanapun, ia belum mencukupi kerana kebiasaan penyakit berjangkit akan berulang sekiranya berada di kawasan tertutup.

Pengaliran udara yang baik diperlukan bagi menyahaktifkan udara kotor dengan membunuh mikro organisma seperti bakteria dan virus yang membawa pelbagai penyakit.

Medklinn International Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan kawalan udara dan permukaan melalui Pensteril Udara dan Permukaan. Ia berpotensi membebaskan persekitaran daripada bau busuk, masalah resdung, jerebu termasuk jangkitan bersilang seperti HFMD dan rotavirus.

Produk ini berfungsi sebagai penjagaan kesihatan dengan memastikan persekitaran dalam premis dan kediaman lebih bersih dan sihat. Teknologi Cerafusion(tm), Medklinn menghasilkan oksigen aktif iaitu pensteril alam semula jadi yang paling berkuasa paling berkuasa, membunuh sehingga 99 peratus bakteria, virus, allergen, kulat dan bahan pencemar lain dari udara dan permukaan di dalam persekitaran dalaman.

Ia hanya menggunakan Cerafusion(tm) katrij yang perlu ditukar sekali setiap tahun dan berfungsi untuk menghasilkan oksigen aktif bagi membersihkan persekitaran supaya lebih menyegarkan.

Keadaan ini dirasai sebaik melangkahkan kaki ke dalam premis.


TADIKA MRC Bukit Jalil menggunakan Medklinn Pesteril Udara + Permukaan di dalam kelas. FOTO Rosela Ismail

MRC Kids Bukit Jalil (Tadika Junior Minda Sinar) pernah berdepan dengan situasi di mana premis ditutup hampir seminggu selepas beberapa murid terkena jangkitan HFMD.

Kini mereka menggunakan Pensteril Udara dan Permukaan sebagai pelindung kanak-kanak di situ.

Pengetuanya, Joanne Wong berkata, kejadian pada Julai lalu mengajar beliau untuk lebih peka dengan persekitaran dan mendidik kanak-kanak di situ mengenai kebersihan diri.

Bagaimanapun katanya, kaedah itu belum cukup bagi mengawal jangkitan HFMD.

“Tadika tidak boleh ditutup terlalu lama tetapi disebabkan penularan HFMD, kami terpaksa tutup untuk menjalankan kerja pembersihan menyeluruh.

“Selain membersihkan semua peralatan di dalam tadika, saya perlu mencari jalan untuk mengawal jangkitan HFMD kerana ia boleh berulang,” katanya.

Produk ini mudah dipasang di mana-mana serta saiznya yang kecil dan boleh diletakkan di setiap sudut tanpa menghalang persekitaran kelas.

Ia dijual pada harga RM569 (Asens+20), Rm779 (Asens+10) dan RM1,099 (Asens+60).

LIMA CARA OKSIGEN AKTIF MENSTERIL UDARA DAN PERMUKAAN

*Meruntuhkan dinding sel bakteria dan memusnahkan DNA dan RNA virus

*Mengoksida kompaun organik yang tidak menentu (VOC) seperti formadeheid, iaitu bahan kimia yang boleh menyebabkan barah

*Membunuh alergen seperti alergen hama habuk

*Membasmi bau seperti bau asap rokok, hapak dan haiwan peliharaan

*Membasmi zarah bawaan udara seperti habuk, spora dan kulat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 September 2018 @ 8:52 PM