HM Digital
am@hmetro.com.my


JIKA tidak ada aral melintang, sebahagian 32 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata semua suspek akan dibawa didakwa ke mahkamah pada kira-kira 10 pagi ini.

Fadzil Ahmad berkata, perintah tahanan reman ke atas 32 penuntut tamat hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

Kesemua mereka ditahan reman berhubung kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, di Hospital Serdang, 1 Jun lalu.

Pada 2 Jun lalu, 36 penuntut, terdiri 32 dari UPNM dan empat Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes kematian Allahyarham Zulfarhan, dipercayai akibat didera dengan seterika wap.

Bagaimanapun, empat penuntut UNITED kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang ditahan reman adalah berusia antara 20 dan 21 tahun.

Arwah Zulfarhan Osman adalah penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.

Berita berkaitan

32 penuntut lanjut reman, 4 dibebas

Tiada siapa akan dilindungi

Cari bomoh yang petik nama arwah

Kejam, hilang sudah perikemanusiaan [METROTV]

Damailah di sana Zulfarhan

Baju raya Allahyarham dah siap

[UPDATE] 36 penuntut direman

Penuntut UPNM mati didera

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 7:39 AM