Tunku Tun Aminah membacakan surah lazim al-Quran pada Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene hari ini. FOTO ihsan Royal Press Office
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


PUTERI Tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memperdengarkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene, Johor bahru, hari ini.

Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Tunku Tun Aminah, Ustazah Raimah Kemat yang turut membacakan doa.

Majlis berkenaan dikongsikan media rasmi Royal Press Office sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Tunku Tun Aminah dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah, esok.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiri majlis diadakan secara sederhana itu.

Hadir sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Kerabat Diraja Perak serta isteri-isteri pegawai daerah Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 4:43 PM