UPACARA pengkebumian pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi yang meninggal akibat barah hati di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. FOTO Aizuddin Saad
HM Digital
am@hmetro.com.my


DATUK Samuri Juraimi iaitu pengasar Sate Kajang Hj Samuri, meninggal dunia di kediamannya, pada 12.05 tengah malam tadi.

Menurut Bernama, punca kematian iaitu barah hati disahkan oleh anaknya.


AHLI keluarga menyiram air mawar dan meletakkan bunga pada pusara pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. FOTO Aizuddin Saad

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.


IBU kepada pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Peah Kurus di pusara anaknya, Datuk Samuri Juraimi, di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. FOTO Aizuddin Saad

FOTO Aizuddin Saad

Beratus penduduk setempat, saudara dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu. Ibunya, Peah Kurus turut berada di pusara anaknya.

Sate Kajang Hj Samuri mula beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan pada 1992.


SATE Kajang Hj Samuri. FAIL Mokhsin Abidin

Kini syarikat yang dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial mempunyai 20 cawangan beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga membekalkan sate kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 12:01 PM