SUMBER daripada akaun Instagram Datin Diana Danielle
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


DATIN Diana Danielle mempertahankan suaminya, Datuk Farid Kamil, yang kini ditahan reman.

Farid direamn empat hari atas empat dakwaan, termasuk kes menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara, di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Diana menerusi kenyataan di Instagram, berkata Farid tidak pernah mengasari dirinya sepanjang hidup bersama.

“Farid tidak pernah sesekali naik tangan atau mengasari saya secara fizikal.

“Saya akan sentiasa mempertahankannya dan kami akan berusaha memperbaiki apa yang perlu untuk menjernihkan keadaan serta mengukuhkan apa sedia ada,” katanya.

Diana berkata, dia juga meminta sedikit ruang privasi dengan apa yang menimpa suaminya.

“Mengulas megenai isu yang timbul baru-baru ini, saya perlu mengambil sedikit masa untuk memahami situasi sebenar sebelum memberi kenyataan rasmi.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya dan suami.

“Buat masa sekarang saya tidak akan menjawab sebarang persoalan yang boleh menyakiti dan mengeruhkan lagi keadaaan,” katanya.

Berita berkaitan

Farid Kamil direman 4 hari [METROTV]

Tekanan rindu anak, kata adik Farid Kamil

Cinta Farid pada Diana 'masih hangat' [METROTV]

Farid masih jumpa anak

Doakan yang baik saja

Kami masih bahagia

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 9:19 PM