Toyota Malaysia

Pernahkan anda bertanya kepada diri sendiri jikalau ada seseorang yang anda kenali sentiasa ada untuk anda serta sanggup melakukan apa saja, walau seteruk mana pun untuk membantu anda?

Anda bertuah kerana rakan karib anda kini kembali dengan Toyota Hilux 2.4G serba baharu. Dilengkapi dengan daya penarikan sebanyak 150PS dan 400 meter Newton, tugas menarik kenderaan dari kawasan berselut dan berlumpur menjadi sangat mudah.

Kekuatan Toyota Hilux 2.4G ini terletak pada sistem A-TRC (Active Traction Control)* yang maju agar cengkaman kukuh sentiasa berfungsi, walaupun pada permukaan yang amat teruk. Dengan ini, anda hanya perlu menekan pedal untuk memandu terus ke hadapan tanpa perlu risau akan risiko tersangkut semasa berekspedisi.

Selain itu, dek di bahagian belakangnya adalah yang terbaik dalam kelasnya. Ini membolehkan anda mengangkut sehingga sembilan beban hasil tanaman atau tuaian dengan selamat dan tidak membebankan diri anda, selain dikukuhkan dengan pintu belakang dengan pendakap keluli.

Sudah tentulah, anda mengimpikan ruang, pendingin hawa dan kerusi yang empuk untuk merehatkan badan. Hanya tekan butang, dan semuanya sedia untuk anda.

Yang menariknya, anda juga boleh menjadi #fearlessfriend kepada seseorang. Toyota Malaysia menawarkan sehingga lapan varian Hilux, manakala untuk varian 2.4G bermula daripada RM108,500.00. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengilang selama 5 tahun atau 150,000 km.

Tontoni video penuh di bawah:

Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga Hilux, layari toyota.com.my.

*A-TRC tersedia untuk varian AT sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 11:44 AM