PESERTA singgah untuk mengisi diesel di Petron.
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

Sebagai peneraju dalam inovasi bahan api, Petron membantu 50 kenderaan mengharungi perlumbaan Rainforest Challenge, sukan ekstrem pacuan empat roda (4x4) yang tersenarai sebagai 10 perlumbaan motor paling sukar di dunia.

Turbo Diesel Euro 5 terbukti memberikan kuasa dan daya tujah terbaik kepada kenderaan 4x4 dalam Rainforest Challenge 2017 Edisi Ke-21, baru-baru ini.

Perlumbaan memerlukan kenderaan bersaing dalam keadaan persekitaran sukar dengan mengatasi pelbagai peringkat cabaran selama 10 hari.

Sepanjang perlumbaan ini, setiap pemandu perlu merentasi kawasan mencabar, mengemudi di perairan berlumpur dan arus sungai deras serta mengharungi lereng yang licin di kawasan hutan hujan Pahang.


PESERTA Rainforest Challenge 2017 dilepaskan secara peringkat.

Perlumbaan ini secara tidak langsung menge­sahkan kehebatan formula bahan tambahan TriAction Advantage dalam bahan api Turbo Diesel Euro 5 dalam meningkatkan prestasi kenderaan 4x4.

TriAction Advantage adalah sistem tambahan premium dalam Turbo Diesel Euro 5 yang menawarkan kuasa tambahan kepada kenderaan dan operasi enjin lebih baik.

Semua pasukan menghadapi cabaran ‘Prologue’ sebagai permulaan perlumbaan berhampiran Balok, sebelum memasuki hutan di mana mereka akan menghadapi arus sungai deras dan cerun bukit di laluan ‘Predator’ di Sungai Lembing.

Peserta seterusnya berkumpul di Jeram Buloh, Chini untuk peringkat ‘Terminator’ di mana cabaran ‘Muddy Madness’ menguji kemahiran pemandu untuk mengharungi kawasan lumpur dan berbukit.

Akhirnya, semua peserta selamat tiba di Selancar sebelum bermalam di Pukin.


SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Rainforest Challenge 2017 Edisi Ke-21 di Pahang.

Mereka kemudian keluar dari ‘Twilight Zone’ Hulu Pukin dan berkumpul semula di Sebarau sebelum ke Rompin.

Ketua Dagangan Runcit Petron Faridah Ali berkata, pihaknya teruja menjadi penaja bahan api utama buat kali kedua berturut-turut dalam acara pemotoran lasak 4x4 yang diiktiraf dunia.

“Ini membuktikan bahan api Turbo Diesel Euro 5 menjanjikan kuasa, perlindungan enjin dan jarak perbatuan lebih baik.

“Dengan menggunakan bahan api yang tepat, kenderaan 4x4 dalam edisi ini dapat mencapai prestasi unggul dalam perlumbaan ini,” katanya.

Faridah berkata, Turbo Diesel Euro 5 boleh didapati di 115 stesen di Semenanjung dan akan dilancarkan di lebih banyak stesen pada masa akan datang.


PASUKAN Maxxis dari Sabah muncul pemenang keseluruhan.

Terdahulu, seramai 50 pemandu dari serata pelosok dunia menyertai perlumbaan ini antaranya Brunei, China, Kemboja, Ecuador, Filipina, Portugal, Russia dan Sepa­nyol selain peserta tempatan.

Antara kategori dipertandingkan adalah bawah 3,050cc, atas 3,050cc, Trak Pikap Pengeluaran, Trak Pikap Modifikasi, Portal Axles, Electric Winch dan PTO Winch.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 3:26 AM