HM Digital

Kereta saya seakan tidak berkuasa apabila pedal minyak ditekan melainkan hanya bunyi enjin yang kuat. Namun, keadaan berbeza apabila pedal dilepas dan ditekan semula. Mengapakah perkara ini terjadi?

Abdul Ghafur,

Klang, Selangor

Keadaan kereta mengaum kuat apabila pendikit ditekan tetapi tidak responsif atau menghasilkan pecutan lazimnya menjurus kepada masalah campuran bahan api dan udara yang kurang tepat.

Masalah ini sering dihadapi pemilik kereta dengan enjin karburator.

Namun begitu, ianya boleh terjadi disebabkan faktor lain seperti pancutan bahan api yang kurang baik atau pemasaan pembakaran (ignition timing) tidak tepat.

Jika terjadi selepas tali sawat pemasaan (timing belt) ditukar, ianya mungkin disebabkan pemasangan kurang tepat antara takuk tali sawatnya.

Ini menyebabkan apabila pendikit ditekan, terlalu banyak udara disedut masuk dan bahan api pula tidak mencukupi untuk disesuaikan dengan jumlah udara.

Namun, apabila pendikit diangkat sedikit, udara dikurangkan dan menjadi bersesuaian dengan jumlah bahan api menjadikan enjin mampu mengeluarkan kuasa yang diperlukan.

Jika masalah ini terjadi sedikit demi sedikit, mungkin disebabkan kebocoran mampatan enjin sama ada daripada injap mahupun gegelang omboh (piston ring).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 3:53 AM