PEMILIK bergaya bersama jentera kesayangannya.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
metahad@hmetro.com.my


Biarpun berusia lebih 30 tahun, Toyota Corolla KE70 antara jentera retro yang sangat popular di negara ini.

Selain mudah ditemui, harganya juga murah dan mampu menggunakan banyak komponen berprestasi daripada varian Toyota lain seperti Levin dan Trueno.

Sebuah jentera Toyota KE70 DX 1983 milik Solehuddin Ismail atau Edy, 23, agak unik apabila menggabungkan banyak komponen daripada model Toyota yang berbeza.

Bermula pada bahagian enjin, jentera ini menggunakan nadi Levin 4AGE 20 Valve yang digabungkan bersama kotak gear AE86.


EKZOS binaan khas saluran terus 3.5 inci.

Dalaman enjin tidak diusik sebaliknya diperkemas dan dipasang pengepam air Sumco serta Tomei Fuel Ragulator.

Selain itu, Long Shaft jentera turut menggunakan komponen daripada AE86, manakala suspensi asal jentera ditukar kepada suspensi Toyota Corona.

Sistem kuasa jentera diselaras dengan penggunaan ekzos binaan khas bersaluran terus bersaiz 3.5 inci.

Menjengah ke ruangan pemanduan, stereng Levin dan kerusi Semi Bucket Bride menghiasi kokpit manakala kerusi penumpang belakang pula daripada Toyota SEG.


ENJIN Levin 4AGE 20 Valve.

Jentera yang dikenakan warna biru Iris dengan campuran emas mutiara tampak gah selepas dipadankan bersama Rim TE37V.

Bagi menampakkan sedikit kelainan, ruangan jejaring hadapan diselitkan logo atau emblem asal Trueno.


KERUSI Semi Bucket Bride.

Ditanya sejarah asal jentera ini, Edy memaklumkan membeli kenderaan itu melalui kenalannya dengan harga RM 1,500 sebelum menambah pelbagai komponen berprestasi.

Ketika ditanya mengenai kos membaik pulih dan modifikasi, pemiliknya mengakui tidak terlalu mahal iaitu lebih kurang RM10,000 saja.


STERENG Levin.

TOYOTA KE70 DX 1983

• RIM: TE37V

• KERUSI HADAPAN: Semi Bucket Bride

• KERUSI BELAKANG: Toyota SEG

• STERENG: Levin

• ENJIN: Levin 4AGE 20 Valve

• KOTAK GEAR: AE86

• LONG SHAFT: AE86

• SUSPENSI: Toyota Corona

• PENGEPAM AIR: Sumco Tomei Fuel Ragulator

• EKZOS: 3.5 inci binaan khas

• KOS MODIFIKASI: RM10,000

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 12:27 AM