JIM (kanan) bersama Pengurus Besar Jualan HLYM, Koh Eng Chan (kiri) dan Pengarah Urusan HLYM, Yamaura (tengah) ketika majlis pelancaran. FOTO Mahzir Mat Isa
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@nstp.com.my


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) sebagai pengedar dan pemasang motosikal jenama Yamaha di negara ini melancarkan laman web dan aplikasi baru dalam mengukuhkan jaringan pelanggan, pengedar dan alat gantinya.

Laman web kini berwajah baru yang dipertingkatkan serta pengenalan aplikasi dikenali sebagai Yamaha Motor Malaysia dengan ciri dan segmen bagi kemudahan pelanggan yang boleh dimuat turun ke telefon pintar atau tablet.

Pengarah Urusan HLYM Datuk Jim Khor berkata, kewujudan pelbagai teknologi dan medium komunikasi canggih kini menjadikan dunia digital sebagai platform mendekatkan mereka dengan pelanggan.

"Selain meningkatkan pengalaman selepas jualan, laman web dan aplikasi ini juga menjadikan semua maklumat berkaitan produk Yamaha di negara ini mudah diperolehi," katanya ketika pelancaran, hari ini.

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia boleh didapati daripada Apple App Store dan Google Play dan butiran berkaitan motosikal Yamaha di negara ini melalui www.yamaha-motor.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 7:51 PM